Apa yang hang buat ni nan?

by - July 24, 2018


hang rasa ??

 Assalamualaikum and hey a good night to all of you. Masa aku tulis ni,aku dalam keadaan barai pasal esok presentation dan mata aku naik kuyu jadi aku saja tulis dalam bahasa untuk mengelakkan aku merapu masa menulis .

Btw,tajuk tu memang antara soalan hot yang aku selalu dapat. And tbh,aku pun sampai sekarang takleh figure out amende aku buat ni weh. Serious kot,aku rasa macam aku diawang awangan kot. Dah nak masuk 4 tahun still aku was-was tentang bendalah apa aku amik ni.

Nak dijadikan cerita, aku asalnya nak buat vlog tajuk Common Question orang tanya pasal K Academy,tapi pasal aku malaih nak membebel jadi aku decide untuk menulis. Dan jawapan diatas persoalan anda ialah

Aku buat VFX ( sebutan ialah vi ef ex ). 

Apa itu VFX? Haaa VFX ni nama melayu dia kesan khas visual. Kadang aku malaih nak sembang panjang aku akan cakap "ala yang buat api muncul tu" padahal buat api dalam 2% je weh, selebihnya aku buat apa pun taktau.

Bila masuk sini,expectation orang of course la aku amik bidang nyanyian dan lakonan. Tapi dia ni  tau dak yang suara aku ni off pitch dan lakonan aku kayu. Hareyy betul kalau aku dapat masuk bidang tu. Aku tukar nama aku jadi Hanan Delicious la gitu ( perghh macam nama kedai bakery ). 

Kerja VFX ni merangkumi rotoscope,masking,compositing,key framing dan ahh macam macam la.Basically kitorang ni budak belakang tabir je. Nama pun muncul dekat credit dah nak habis je weh. Tapi still bangga la,tanpa kitorang manader kau nampak efek efek marvelous tu.

Kalau sembang VFX ni, antara syarikat filming dekat Malaysia yang famous ialah Viper Studio ,KRU Studio dan Pinewood Iskandar dekat Johor tu. Yang lain ada je cuma biasa biasa la tapi payah woi vfx ni .

Aku rasa kalau kau cakap apa sebenarnya aku buat dekat sini ialah berkemungkinan aku nangis je weh haha.Pasal mengenangkan idea yang tak kunjung tiba,skill yang kelaut dan diri yang sebenarnya tak berapa minat. Tapi life is life,at least aku kena sudahkan benda yang aku dah mula kan?

Jadi,kat atas tu gambar green screen yang aku probably kena tracking,keylight dll lagi la.Kerja nampak mudah tapi kalau hang terror blending memang superb la weh orang ingat betul. Tapi nak jadikan blending macam real tu yang makan masa.Ada masa laptop hang,ada masa blue screen,ada masa black screen tak kesudah pun ada. Ada sekali aku render 3d dalam 5 saat je makan 1 minggu tak tutup laptop last-last minggu depan laptop tu arwah KO weh.LOL laptop pun giveup dengan vfx  apatah lagi aku yang hamba Tuhan bukan manusia ni (apa kaitan?)

So konklusinya apa yang hang buat ni nan? jawapanya ialah aku pun still figure it out sampai sekarang. Tapi at least jawapan vfx tu pun dah okay kot. KOT la kan lol.

So anyway,aku kena sambung balik buat offline editing pasal esok aku ada presentation.Doakan aku lulus tak gugup tak nangis insyaAllah

sekian syarahan malam ini

nan
first time berbahasa di sini,selalu berspeaking 

You May Also Like

0 comments