Lucu ...

by - October 24, 2017

Kau tahu kawan,aku rasa dunia ini lucu. Lucu dengan kebodohan manusia, ketamakan dan kerasukan ,kebiadapan serta keangkuhan. LUCU sekali 


LUCU dalam TANGISAN. LUCU dalam KETAKUTAN. LUCU kerana diri ini BODOH. BODOH untuk menilai ,memerhati dan memahami. LUCU SEKALI.

Dan anehnya,terdapat juga sekelompok manusia yang memperjuangkan halhal yang kecil ini. Hal-hal yang biasanya dianggap remeh,tidak peduli,jelek serta tidak bermanfaat.

Hal-hal ini yang diibaratkan seperti ketika Nabi Nuh mulai membina bahtera. Mulanya dia dikatakan sewel,bodoh dan aneh. Namun,yang anehnya ialah golongan majoriti itu. Golongan yang LUCU dalam KEBODOHAN mereka.

Kerna saat semua makhluk (kecuali yang berada di dalam kapal tersebut) TENGGELAM,kita dapati bahawa sebenarnya mereka bukan LUCU. Tapi BINGUNG. Tidak tahu arah mana hendak dituju. TIDAK MENGERTI kenapa perkara sedemikian boleh berlaku..

Jadi konklusinya. aku ini mungkin sahaja BODOH,TAKUT DAN SEDANG MENANGIS. Aku menyembunyikan tangisan dengan mengatakan ini semua hal hal yang lucu. SIMPLE AJA . Namun tidak,sebenarnya aku menyembunyikan ketakutan,tangisan serta kebodohan diri.

Dan BODOHlah diriku,kalau aku tidak mahu mempelajari. Kalau aku masih menganggap semua ini perkara yang LUCU sekali. KERNA TEMAN,ini semua perkara yang tidak lucu. The smallest things may cause you a whole fortune. Mungkin sekecil-kecil zarah itu nanti akan dihitung. Daripada mula sampai akhir. Daripada terbit sore hingga terbenam.

Jadi teman,aku rasa dunia ini tidak lucu. Bahkan aku yang LUCU. Kerana masih bodoh untuk mengakui realiti hidup yang penuh pancaroba ini.

HanHanan
Bukan Andrea Hirata 

You May Also Like

0 comments