Lelaki Pemalu itu....

by - September 06, 2017


mamat dalam gambar ni takdelah pemalu sangat ( image courtesy of my bro )

K Assalamualaikum, pagi ni disebabkan suis wayar otak aku tidak berapa berjalan ( dek lama sangat buat kerja ) , aku tiba-tiba dihurung satu persoalan.

Apakah definisi lelaki pemalu ????

Soalan ini berlegar-legar dalam otak aku semalam, sebab aku encounter seorang lelaki yang mengatakan bahawa dia pemalu tetapi hmm.... boleh percaya ke?

Jadi,aku bertanya kepada beberapa orang kawan aku, dan konklusinya

LELAKI ITU BUKAN SEORANG YANG PEMALU.

Kenapa aku berkata sedemikian?

Kerana kebanyakan kawan aku mengatakan bahawa lelaki yang pemalu tidak akan MENGAKU bahawa beliau pemalu ( ni aku sokong ), sebaliknya orang lain yang hebahkan bahawa beliau pemalu.

Aku sokong sebab aku tak rasa orang yang cantik akan mengatakan bahawa beliau cantik ( kecuali dia merupakan seorang yang high confidence, selalunya dia ni lebih biasa-biasa daripada orang cantik * IMO *) . 

Dan antara kesemua jawapan yang diorang hantar,aku agak suka dengan satu jawapan. Bukan yang lain aku tak suka,tapi mungkin lepas aku bertanya seorang ni,aku dah rasa mcm "k tak perlu tanya yang lain dah kot "




Terkadang aku melihat pada skala yang lebih besar padahal jawapanya mudah dan simple :). Mungkin ada perkara aku harus berehat sebentar dan pandang ke bawah. Kerna terkadang jawapan itu hanya berada dekat padaku,tetapi atas kesedaran aku untuk melihat atau tidak.

Untuk lelaki itu, ini hanya pendapat aku bahawa aku tidak merasakan kau seorang yang pemalu :). Terserah untuk menerima atau tidak.

Kerana akhirnya, kau-kau,aku-aku :).

Dan tahniah kerana membuat seorang hanhanan berfikir . Jarang ada orang boleh buat aku berfikir sedalam ini :).

dan ya,apa pendapat aku tentang lelaki pemalu? Well,hmmm

Lelaki pemalu itu seperti kamu,ya kamu yang teramat malu untuk mengakui diri kamu itu seorang yang pemalu. Yang malu denganNya. Menjaga dirimu denganNya agar kamu tidak akan malu kelak di sana :).

Okay, post aku kali ni agak a bit idk, tapi aku perasan yang aku guna almost 98% bahasa haha. Maybe sebab aku rasa post ni sesuai aku bahaskan dalam bahasa melayu :)..

Apapun,terima kasih kerana membaca. Moga kita boleh menjadi seorang yang pemalu. Pemalu bertempat :D

HanHanan
she talks a lot ehhh

You May Also Like

0 comments